google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Madinah : Perkuburan Baqi'

Madinah : Perkuburan Baqi'





           "Ziarah Dalam" yang seterusnya ialah ke Perkuburan Baqi". Kawasan ini adalah kawasan perkuburan bagi penduduk Madinah sejak zaman Rasulullah s.a.w hingga hari ini. Ianya terletak di sebelah kiri masjid Nabawi. Ianya tidaklah jauh sangat..sampai nak kena naik kereta dsb. Memang di tepi masjid sahaja...sebab tulah jika ada kematian..lepas solat jenazah..terus aje diusung jenazah beramai-ramai ke perkuburan ini.

          Keluasan asal perkuburan ini ialah 150m panjang dan 100m lebar. Kemudian diperluaskan oleh kerajaan Arab Saudi bagi menampung keperluan semasa. Tembok yang tinggi juga dibina. Kawasan ini hanya boleh dimasuki oleh pelawat selepas Subuh dan Asar atau jika ada kematian. Dulu, ada waktu khas untuk kaum wanita berziarah. Sewaktu kami melawat, kaum wanita tidak dibenarkan masuk. Jadi, tak dapatlah nak ambil gambar lebih dekat.

             Perkuburan ini amat luas..saujana mata memandang.Batu nisannya hanyalah sebuah batu sebagai tanda. Tidak seperti batu nisan di Malaysia.

Di antara yang dikebumikan di sini ialah :
- semua Ummahatul Mukminin (isteri-isteri Nabi) kecuali Saidatina Khadijah & Maimunah
- semua puteri baginda
- putera baginda (Ibrahim)
- cucu baginda (Hassan bin Ali)
- para sahabat (dikatakan 10 ribu sahabat dikebumikan di sini)

# Bacalah doa dan salam dengan nada yang rendah dan penuh penghayatan menghadap ke arah kiblat sebaiknya. Mohonlah keampunan buat mereka sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sewaktu hayat baginda. Renungkanlah sejenak perjuangan mereka  yang begitu getir untuk menegakkan Islam suatu ketika dahulu.

Sungguh syahdu di sni..berhadapan dengan insan-insan yang mulia dan dikasihi Allah..walau hanya menziarahi makam mereka. Terasa diri ini begitu kerdil sekali..

Amalan di sini ialah :
- membaca doa / memberi salam untuk semua arwah di sini
- membaca doa / salam  :  Saidina Uthman Bin Affan r.a
- membaca doa / salam :  Saidina Ibrahim, Saidatina Fatimah, puteri-puteri & sahabat Rasulullah




              Selepas "Ziarah Dalam" kali pertama yang dibawa oleh petugas TH pada 31/09/2011 hari Jumaat, kami pergi sendiri ke sini pada masa yang terluang sambil menghayati Masjid Nabawi..explore masjid! Jalan-jalan. Terdapat deretan kedai berhampiran kawasan Perkuburan Baqi' ini seperti kedai makan (jual kebab - take away), kedai jam, buku & majalah, CD, cenderamata dll.



Kedai-kedai  sekitar kawasan Baqi'


Previous Post Next Post