google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Pos Barang Dan Oleh-oleh Dari Mekah & Madinah

Pos Barang Dan Oleh-oleh Dari Mekah & Madinah




  Kenangan...




 Al-Quran

Cenderamata kesayangan - Al-Quran cetakan Madinah (SR40-SR50)

Al-Quran ini agak nipis, kertasnya licin berwarna krim, ada nombor siri cetakan kilang di Madinah dan riben tanda baca berwarna kuning. Kulitnya berwarna hijau gelap. Harganya berbeza-beza. Beli di kilang lain..di kedai buku lain...dan beli dengan orang perseorangan (ejen)..pun lain. Kadangkala mencecah SR60 pun ada. Biasanya jemaah haji membeli Quran ini untuk diwakafkan di masjid..Masjid Nabawi atau Masjidil Haram samada untuk diri sendiri, rakan taulan, saudara mara atau dengan niat pahalanya disedekahkan kepada arwah ibu bapa dan sebagainya.






Quran jenis inilah yang saya baca sepanjang berada di Madinah & Mekah


Membaca Al-Quran ialah amalan rutin dalam kalangan jemaah haji. Roomate saya, Mak Cik Esah (62) telah berjaya tiga kali khatam al-Quran...sangat mengujakan kami semua. Beliau yang menunaikan haji buat kali kedua, sangat rajin membaca al-Quran walaupun di dalam bilik hotel. Keadaan ini memberi semangat kami untuk khatam al-Quran sekurang-kurangnya satu kali pada musim haji ini. 

Setiap kali habis baca al-Quran, saya akan catat dalam telefon bimbit..surah apa dan ayat berapa. supaya pembacaan sentiasa bersambung ...tulis dalam buku catatan pun boleh juga. Ini adalah kerana saya akan membaca al-Quran yang terdapat di masjid silih berganti..tidak bawa milik sendiri agar mudah jika hendak ke tandas dsb.




CD Bacaan Ayat Suci Al-Quran



Kulit luar CD





CD al-Quran ini adalah di antara cenderamata yang istimewa bagi kami. Ada banyak jenis  CD  al-Quran dijual di pasaran. Kami beli di kedai buku dan alatulis. Selain pelbagai bentuk, terdapat juga pelbagai qari' (pembaca al-Quran). Namun, yang paling popular ialah bacaan dari para Imam Masjidil Haram yang sangat istimewa. 

Kalau dahulu kita kurang mengenali para imam Masjidil Haram...mungkin selepas menunaikan haji, para jemaah akan lebih mengenali mereka melalui suara ketika menjadi imam solat lima waktu walau pun tidak dapat menatap wajah mereka (jemaah lelaki mungkin berkesempatan melihat wajah imam ketika solat). Para imam Masjidil Haram ialah seperti
  • Syaikh DR, Abdurrahman bin ‘Abdil ‘Aziz as-Sudais  (bacaan beliau menyentuh kalbu)
  • Syaikh Mahir bin Hamd al-Mu’aiqili  (bacaan beliau sangat istimewa dengan nada tersendiri)
  • Syaikh DR. Khalid al-Ghamidi
  • Syaikh DR. Su’ud bin Ibrahim as-Syuraim



CD 30 juzuk

CD ini menjadi penawar rindu kepada Mekah dan Madinah. Kalau dengar...seolah-olah macam sedang solat berjemaah di Masjidil Haram berimamkan Syeikh Abdul Rahman As-Sudais...Bacaan ayat al-Quran ini  juga dapat menenangkan jiwa ketika dilanda kesedihan. Ada masanya ia membawa kita hanyut dalam cinta Ilahi. 

Walau tidak mengetahui butir bacaan kerana tidak mengetahui bahasa Arab, kuasa wahyu kalam Allah ini boleh menambat hati pendengarnya. Apatah lagi jika pendengarnya boleh menguasai bahasa Arab, ayat-ayat ini boleh membawa kepada keinsafan, kesedihan, ketakutan dan kegembiraan bergantung kepada maksud ayat yang dibaca. Subhanallah..






TAGGING/LENCANA HAJI




Lencana Haji perlu sentiasa dipakai






Gelang pengenalan diri jemaah


(a) Gelang besi
- Diterima sebelum bertolak ke tanah suci.
- Tercatat nama negara Malaysia dan nombor telefon Tabung Haji di sana di bahagian
   hadapan.
- Tercatat nama dan nombor kad pengenalan jemaah haji.
- Inilah satu-satunya pengenalan diri jemaah haji yang sentiasa di badan walau di mana jua
   berada.
- Laporkan kepada TH segera jika gelang ini hilang, rosak dsb.


(b) Gelang biru (plastik)
- Diterima sebelum bertolak ke Arafah.
- Gelang ini menunjukkan anda dari Maktab dan benua mana. Cth : Maktab 87 / Asia Tenggara.
- Tetapi gelang ini free size...kalau tangan kecil..asyik tertanggal...akhirnya tak pakai...





Pos Barang Ke Malaysia



Pos Bagasi Haji (Air Zamzam) - SR115 = RM100 1 tong/10L





1 tong air zamzam 10 liter. (SR115/RM100) Untuk pos..ada disertakan kotak khas.









Air zamzam sumbangan Tabung Haji. Diterima di KLIA selepas mengambil bagasi.





5 Liter/seorang sahaja...jika nak lebih kena beli sendiri


Inilah masanya untuk mendapatkan air zamzam dengan mudah - semasa musim haji. Semasa umrah tiada perkhidmatan ini! Harga mungkin berubah-ubah mengikut keadaan semasa. Kami merebut peluang ini dengan menghantar ke Malaysia lebih kurang 6 tong dan ada yang kami terus pos ke alamat adik beradik yang memesan. Terus sampai ke rumah mereka. 

Caranya mudah sahaja..  tidak perlu angkat tong air zamzam tu. Malahan, kita tidak tahu pun macam mana rupa air zamzam tu. Kadangkala mereka tunjuk 1 tong untuk sample.Caranya :
- Isi borang tulis nama penerima.
- Bayaran tunai
- Air zamzam sampai kepada penerima dalam masa 1 minggu. (kami dulu..3 hari dah sampai)


Biasanya di lobi hotel ada perkhidmatan pos samada dari Pos Malaysia atau syarikat lain. Di hotel kami Abraj Al-Janadiriyyah, Pos Malaysia tak menang tangan melayan para jemaah haji. Kakitangan mereka sangat peramah dan sentiasa memberi kerjasama. Maklumlah..macam-macam karenah.  Ada yang beli barang terus hantar kepada mereka ...pilih saiz kotak yang sesuai...dan mereka tolong susun barang dalam kotak tersebut. Tahniah Pos Malaysia!




Pos Bagasi Haji (Barang) - 1kg SR14

Banyak barang yang kami pos terlebih dahulu sebelum pulang ke tanah air. Dua kotak kami pos lebih awal. Termasuk kurma dan kekacang yang dibeli di Madinah. Sampai di rumah emak buka kotak dan plastik kurma tersebut supaya tidak berwap yang boleh menyebabkan kualitinya menurun. Kekacang pula terus masuk dalam bekas kedap udara. Coklat....dah habis anak-anak makan sebelum kami balik lagi. Beli coklat lagi di KLIA ....duty free. 

Oleh itu, sewaktu pulang ke tanah air, setiap seorang daripada kami hanya membawa 1 beg besar dan beg TH (5kg) di samping beg sandang TH/beg tangan. Jumlah beratnya cukup-cukup 60kg untuk kami berdua.  Lebih dari itu sudah kena bayar caj tambahan.



Ole-ole


Kurma, kismis dan kekacang





Biskut, coklat & snek




Stickers - Zikir & Kata-kata hikmat





Kalendar 2012/1433H - muka depan





Gambar-gambar dalam kelendar ini menggamit memori





Replika Kaabah..di dalamnya ada Quran kecil (SR35-45)






Antara poskad yang dibeli






Pelbagai jenis tasbih

Berzikir ialah antara amalan yang dilakukan sepanjang ibadah haji. Oleh itu, tasbih sebagai perantaranya..sentiasa berada di dalam beg ke mana jua pergi. Memegang tasbih dan berzikir tidak asing di kalangan masyarakat Arab. Amalan zikir ini mestilah diteruskan oleh para jemaah haji walau sudah kembali ke tanah air. Tasbih hadiah dari Mekah bukan sekadar hiasan di dalam kereta..ianya lebih dari itu. Menambah pahala si pemberi dan membuka peluang si penerima untuk menggunakannya.



Buku-buku yang dibaca





Bacaan tambahan









Menimba ilmu daripada para penulis berpengalaman








Bahan kursus dan bacaan ringan





 
Disediakan oleh Tabung Haji








Antara buku yang dibeli di sana





LAIN-LAIN


Quran hadiah dari Kerajaan Arab Saudi diterima ketika masuk balai berlepas KAAIA





Antara jus yang biasa diminum di Mekah..untuk menjaga kesihatan (lebih kurang SR2)





Beg comel ini mengandungi gula-gula hacks, biskut, snek, air dan ubatan. Diterima sebelum mendarat di Jeddah.






Previous Post Next Post