google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Antologi Anekdot : Kenangan Sebagai Pendidik

Antologi Anekdot : Kenangan Sebagai Pendidik

 


Saban hari berhadapan dengan anak-anak didik dan rakan-rakan guru, pastinya banyak kenangan terkumpul di kolam ingatan. Pengalaman itu dizahirkan dalam buku ini sebagai satu kenangan terindah buat penulis. Bagi pembaca pula, buku ini boleh mengembalikan nostalgia di zaman persekolahan yang mampu membuatkan anda tersenyum. Apatah lagi jika coretan penulis ada persamaan dengan pengalaman anda.

Coretan kisah-kisah lucu dan mencuit hati sebagai pendidik dalam buku Antologi Anekdot Kenangan Manis Sebagai Warga Pendidik ini dihasilkan oleh 29 orang pendidik dari pelbagai institusi pendidikan di seluruh negara dengan menggunakan bahasa yang mudah dan santai untuk semua golongan diterbitkan pada Oktober 2022.

Di dalam buku ini saya coretkan anekdot:

1. Pertama Kali

2. Corn Dog

3. LADAP di Langkawi

4. Sayang Ustazah


Penerbit      : SYFE Management Sdn Bhd

Cetakan      : 2022

Muka surat : 224

Harga          : RM35.00


Lakaran kenangan, abadikan dalam coretan, buat tatapan.

Previous Post Next Post