google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Jabal Rahmah

Jabal Rahmah

(15/10/2011 - Sabtu)



Jabal Rahmah

Nama :
Jabal Rahmah (Bukit Kasih Sayang) juga dikenali sebagai Jabal Rumat di Gunung Arafat.


Kedudukan :
Di timur Padang Arafah, Mekah, Arab Saudi.


Sejarah (1) :
Di sinilah Nabi Adam dan Hawa dipertemukan setelah terpisah selama lebih kurang 200 tahun selepas mereka diperintahkan untuk turun ke bumi. Diriwayatkan Nabi Adam diturunkan di India dan Hawa di Iraq. Taubat mereka diterima Allah SWT dan mereka bertemu dan berkeluarga  di sini....Jabal Rahmah.


Sejarah (2) :
Khutbah terakhir semasa mengerjakan Haji Wada' disampaikan oleh Rasulullah SAW di sini dan didengari oleh ribuan umat Islam. Wahyu terakhir juga turunnya di sini..Surah al-Maidah.


Struktur Jabal Rahmah :
Ketinggian - Lebih kurang 70 meter
Tangga      - Lebih kurang 168 anak tangga menuju ke puncak (boleh juga mendaki tanpa tangga!)
Puncak     - Dibina monumen atau tugu dicat putih (tinggi 8m dan lebar lebih kurang 1.8m)
                   Tugu ini dibina oleh kerajaan Arab Saudi sekadar untuk memudahkan pengunjung mengetahui
                   lokasi sebenar puncak Jabal Rahmah.


Amalan di sini :
  • Melihat peninggalan sejarah para nabi dan rasul terdahulu.
  • Menghayati sejarah, iktibar dan hikmah dibalik peristiwa sejarah yang telah berlaku.
  • Berdoa untuk kesejahteraan kaum keluarga dan sahabat handai (mengadap kiblat/Kaabah..bukan menghadap ke arah batu putih di Jabal Rahmah ini.
  • Bertaubat kepada Allah SWT sebagaimana Nabi adam dan Hawa bertaubat.







Boleh panjat Jabal Rahmah menggunakan  tangga yang disediakan atau panjat batu-batu saja




Para peniaga batu permata di sepanjang jalan menuju ke puncak bukit



Pengunjung boleh menaiki unta ini dengan bayaran tertentu





Para peniaga di bahagian bawah bukit




Batu Putih - tanda anda telah tiba di puncak Jabal Rahmah.



Unta berhias..





Pemandangan dari atas Jabal Rahmah


Kesimpulan :
Dengan mengunjungi tempat yang bersejarah ini mudah-mudahan dapat meningkatkan keimanan dan keyakinan kita kepada kasih sayang Allah SWT  serta  menambah pengetahuan kita tentang Islam lantas  boleh mendekatkan diri kita kepada Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.


Perhatian :
  • Sila berhati-hati dengan penyeluk saku terutamanya ketika bersesak-sesak memanjat tangga ke puncak Jabal Rahmah. Mereka mampu menyeluk poket atau beg walaupun berzip. Ada juga yang menoreh beg dengan pisau yang tajam. Target mereka ialah duit, handphone dan kamera.
  • Berhati-hati juga ketika membeli cenderamata agar tidak tertipu dengan harga dan kualiti barangan. Pelbagai harga ditawarkan untuk menaiki unta. Tanya dengan muzawwir dulu adalah tindakan yang bijak.
  • Di sini ada banyak sangat bas. Ingat di mana bas anda parking. Pastikan juga anda ingat nombor plat bas atau nombor bas yang dilekatkan pada cermin depan bas. Biasanya pihak pengurusan lawatan akan memberi jemaah haji tagging khas yang talinya menggunakan reben berwarna-warni agar mudah kita mengesan rakan se "bas" kita. 
  • Bergerak dalam kumpulan atau dengan rakan/pasangan/ahli keluarga.
  • Berhati-hati dengan najis unta yang terdapat di sini. Biasanya selepas lawatan ini jemaah akan terus menunaikan umrah samada dari Hudaibiyah atau Jakranah.

Previous Post Next Post