Di hadapan pintu pagar maktab. |
Khemah di Mina
Inilah maktab kami Maktab 87. Tiba di Mina pada pukul 2.30 pagi. Terus je mandi sebab di Arafah selama dua hari tidak berkesempatan. Itu pun mandi ala kadar sebab bimbang ramai yang nak guna tandas. Alhamdulillah tidak ramai orang lagi. Kami naik bas yang ke 7. Rupa-rupanya itulah sahaja peluang untuk saya mandi kerana tandas terhad. Dengar orang cakap-cakap... 4.30pagi ada petugas TH nak bawa melontar. Kami suami isteri bersetuju untuk melontar mengikut trip pertama ini. Terus je bersiap dengan uncang batu dan lampu picit.
Sumber internet : Jemaah Haji Pakej disediakan tilam lembut, bantal dan selimut di Mina dan Arafah. |
Suasana dalam khemah jemaah lelaki |
Keadaan dalam khemah jemaah wanita |
KHEMAH DI MINA
- Khemah jemaah haji muassasah disediakan karpet yang di bawahnya pasir (ada juga jemaah cari batu untuk melontar di bawah karpet ni).
- Kami guna lapik oren sumbangan TM sebagai alas tempat tidur dan sebagai tanda itu tempat kita.
- Satu khemah (ada satu tiang sebagai tanda..senarai nama digantung pada tiang ini) perlu dikongsi seramai 16 orang.
- Di antara khemah dengan khemah yang lain tiada pembahagi. Oleh itu, dalam satu khemah yang besar mengandungi kira-kira 10 khemah...jumlah lebih kurang 160 orang.
- Setiap jemaah hanya diperuntukan ruang yang terhad...agak-agak boleh baring dengan berbantalkan beg. Tapi saya guna bantal angin yang dibawa.
- Semua aktiviti solat dan ceramah (interkom) dijalankan di dalam khemah. Sesiapa yang layak boleh jadi imam kepada jemaah lain dalam khemah.
- Masing-masing perlu pandai-pandai mengurus diri. Tiada pemantauan daripada TH secara langsung.
- Jemaah wanita perlu sentiasa menutup aurat kerana pintu-pintu di sekeliling khemah boleh dikuak begitu sahaja. Kadang-kadang ada suami yang menjenguk mencari isteri. Ada kalanya di tepi atau di depan ialah khemah jemaah lelaki.
- Air-cond di sini sangat besar..cukup menyejukkan kepanasan di siang hari.
CUACA DI MINA
- Pada waktu siang, agak panas.
- Tapi waktu malam di sini sangat sejuk dan berangin.
- Ada kalanya angin ribut membadai khemah pada waktu tengah malam. Perlu bawa baju sejuk dan selimut. Peshmina pun kami bawa juga.
- Pada musim haji beberapa tahun dahulu, Mina pernah dilanda banjir. Basah semua barangan jemaah haji. Selipar hanyut mengikut arus air. Pakaian dibalut dalam plastik dan gantung di tiang khemah. Itulah ujian Allah buat hamba-hamba-Nya yang mengharap keredhaan-Nya.
KEMUDAHAN LAIN
- Tandas : Ada 3 blok tandas lelaki dan 1 blok (5-6 pintu) di Maktab 87. Oleh itu satu blok tandas lelaki digunakan oleh perempuan untuk menampung jemaah perempuan yang ramai. Perlu beratur dalm 10-15 orang dalam satu barisan. Kadang-kadang tunggu sampai 30 minit atau hampir 1 jam baru boleh masuk tandas. Saya bawa topi sebab cuaca panas ketika beratur. Tidak digalakkan mandi atau basuh baju. Perlu utamakan urusan qada' hajat sahaja. Ada masanya saya ke tandas pukul 3.00 pagi...ingatkan tiada orang...tidak rupanya. Kena beratur juga tapi dalam 3-4 orang sahaja!
- Pejabat Petugas TH & Rawatan
- Air panas : Berhampiran kawasan tempat memasak. Ada masa kita nak masak mee segera atau buat air panas..perlu ambil air di sini. Agak jauh juga dari khemah. Perlu bantu golongan yang sudah uzur..kesian mereka kena jalan jauh dengan membawa secawan air panas.
Khemah Jemaah Negara China |
Sepanjang jalan ke khemah ada gerai yang menjual pelbagai jenis barangan |
Sampah sarap yang membukit...makan minum semuanya menggunakan bahan pakai buang |
Catatan :
Ujian di Arafah...
Di Muzdalifah...
Ooohh..rupa-rupanya di Mina lagi mencabar
Ujian Tandas
Perlu banyak bersabar terutamanya berkaitan dengan tandas. Kebersihan perlu dijaga. Jangan buang tuala wanita bersepah-sepah. Ada yang berpura-pura sakit perut..agar diberi peluang untuk masuk tandas dengan segera (tidak queue). Macam-macam helah yang digunakan untuk memuaskan hati sendiri. Ada juga jemaah yang sudah tua dan uzur..terus juga beratur...dah hampir giliran...sudah tidak tahan tetapi tidak cakap...akhirnya.."terlepas" di situ. Jemaah yang tua atau uzur perlulah diberi keutamaan. Dalam keadaan ini, bertimbangrasa amat perlu. Jangan pentingkan diri sendiri. Kita sedang diuji..macam murid-murid sedang menghadapi peperiksaan....pengawas peperiksaan (Allah) akan menilai..
Ujian Khemah
Di Madinah 4 orang sebilik. Mekah..6 orang sebilik. Arafah..10 orang satu khemah. Mina..16 orang satu khemah. Perlu bertolak ansur dalam keadaan yang sangat sesak. Namun demikian, keadaan ini hanya 2 atau 3 hari sahaja. Lepas tu dah balik ke Mekah semula. Inilah masanya untuk menguji kesabaran dan keimanan seseorang. Bila sudah berjaya menanganinya dengan baik...rasa lega sebab takde sakitkan hati sesiapa. Ada yang bermasam muka kerana tempat tidur. Berselisih faham kerana air-cond...ada yang nak sejuk dan ada yang tak suka air-cond. Ada juga yang waktu orang solat..dia tak nak join. Harapnya dia akan solat walau sendirian.
Jika tidak mahu dalam khemah lama-lama..bolehlah jalan-jalan di luar..melihat gerai jualan ..bangunan berhampiran dan khemah-khemah jemaah lain..meneroka pemandangan Mina...pastinya mestilah berteman.
Ada juga jemaah yang balik ke Mekah dengan berjalan kaki setelah melontar jamrah selepas subuh dan balik hotel...lebih selesa tapi penat sikit lah. Sebelum hari gelap..sudah sampai Mina. Ini adalah kerana syaratnya ialah bermalam di Mina. So, siang berada di Mekah..mandi dan tidur dengan agak selesa..buat tawaf di Masjidil Haram pun orang tidak ramai sangat.
Ujian makanan dan minuman
Makanan memang sangat mewah. Cuma ada masanya..sudah tidak lalu nak makan. Maklumlah..masakan ala-Arab dsb. Jadi, makanlah apa yang disediakan untuk menjaga kesihatan untuk terus dapat beribadat kepada-Nya.
Macam-macam lagi ujian yang tidak tertulis di sini. Walau apa pun, bagi yang merasakan kemanisan beribadat..dan menunaikan haji..pastiya semua kesusahan akan ditempuhi dengan seribu kesabaran. wallahu a'lam.
best ny cerita dy,teringin nk pergi
ReplyDelete