PARA TETAMU ALLAH
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Semoga Perdana Menteri dan delegasi mendapat haji yang mabrur...Amin.
PERDANA MENTERI MALAYSIA
Saban tahun ramai jemaah haji Malaysia dari pelbagai lapisan masyarakat menunaikan ibadat haji. Pada tahun ini 2011, ramai selebriti dan orang kenamaan yang menunaikan rukun Islam yang ke lima ini termasuklah Perdana Menteri kita dan delegasinya.
Saya sempat bertemu dan bersalaman dengan Datin Seri Rosmah sewaktu delegasi PM ke tempat kami ...di Hotel Abraj al-Janadiriyyah, Mekah untuk sesi bersama pihak pengurusan Tabung Haji dan seterusnya PM sempat berucap untuk memberikan motivasi kepada para jemaah haji Malaysia di surau/musolla hotel ini. Lama juga mereka meluangkan masa beramah mesra dengan para jemaah haji.
Terasa macam di Malaysia pula. Namun saya tidak dapat merakamkan gambar beliau dan delegasi kerana saya tidak membawa kamera ke surau.
Semoga Perdana Menteri dan delegasi mendapat haji yang mabrur...Amin.
Sumber internet : Doa selamat sebelum bertolak |
SELEBRITI
Kami dapat bertemu dengan selebriti di bawah kerana mereka berada di hotel yang sama dengan kami.
USTAZ ZAMRI ZAINAL ABIDIN - IKIM
(Guru Agama Maktab 87)
CHEF ISMAIL
Kami dapat bertemu dengan selebriti di bawah kerana mereka berada di hotel yang sama dengan kami.
USTAZ ZAMRI ZAINAL ABIDIN - IKIM
(Guru Agama Maktab 87)
Selepas sesi ceramah - post mortem/muhasabah selepas selesai tawaf rukun |
Selaku
pegawai agama, Ustaz Zamri memikul tanggungjawab yang agak berat bagi
pengurusan hal-hal keagamaan khususnya bagi memastikan amalan-amalan ibadat
rukun haji dan wajib haji ditunaikan dengan sempurna. Tidak kira siang atau
malam, beliau sentiasa bertugas dengan bersungguh-sungguh dan melayan karenah
para jemaah dengan penuh sabar..samada di Mekah, Arafah mahupun di Mina.
Setiap
persoalan atau kemusykilan agama dijawab oleh beliau dengan teliti dan jika
terdapat kesilapan atau perkara-perkara yang tidak sepatutnya dilakukan oleh
para jemaah haji, akan ditegur oleh beliau dengan penuh hemah dan bijaksana.
Jutaan terima kasih buat Ustaz Zamri, para ustaz-ustazah dan semua petugas
Tabung Haji atas penat lelah demi kelancaran haji dan menjaga kebajikan para
jemaah haji 1432H. Moga mendapat ganjaran dari-Nya.
CHEF ISMAIL
Di lobi hotel. Chef seorang yang sangat peramah dan ceria. |
"Eh..macam
kenal je" (sebenarnya kami hendak menegur tapi takut salah orang)
"Ya...saya
Chef Ismail", beliau memperkenalkan diri dengan begitu ramah sekali.
Terus
bersalaman dan mengabadikan gambar buat kenangan.
IZWAN AZIR SALLEH (TV3)
Di lobi hotel |
Pembaca
berita dan wartawan TV3 ini bertugas membuat liputan khusus musim haji tahun
ini. Pertama kali jumpa di Bukit Uhud. Beliau bersama rombongan awal jemaah
haji Malaysia mengadakan ziarah sekitar Mekah.
Sedang
ikut muzawwir ke kawasan Perkuburan Syuhada' Uhud..
"Eh....ada
kat sini?", terkejut saya melihat selebriti ini bersama jurugambar dan
beberapa orang wartawan.
"Bertugas...hajah",
sapa beliau dengan ramah.
"Alhamdulillah...terpilih",
jawab saya.
Kali kedua kami bertemu dengan beliau di lobi hotel.
Kami mengambil kesempatan untuk bergambar buat kenangan sebelum
menuju ke masjid.
Tahniah kepada para wartawan yang mewakili syarikat/stesen TV
masing-masing yang dapat menjalankan tugas dengan baik di samping menunaikan
ibadat haji.
Kesimpulan
Masya Allah..Allahu akbar
Tidak pernah berjumpa mereka di Malaysia. Namun dapat bertemu di tanah suci Mekah al-Mukarramah dengan izin Allah swt.
Semoga kami semua mendapat haji yang mabrur....Amin.