google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Reunion Jemaah Haji Daerah Hulu Langat

Reunion Jemaah Haji Daerah Hulu Langat



PERHIMPUNAN PERSAUDARAAN (HISHAJ)


TARIKH :  28 JANUARI 2012
HARI : SABTU
MASA : 9.00AM - 12.30 TENGAH HARI
TEMPAT : MASJID JAMEK PEKAN KAJANG



Sesungguhnya pihak Tabung Haji tidak "melepaskan" para jemaahnya begitu sahaja.
Perhimpunan dan perjumpaan diadakan tidak lama selepas jemaah pulang ke tanah air..lebih kurang 2 bulan setelah kembali dari menunaikan haji.

Perjumpaan ini penting sebagai suntikan terakhir bagi melahirkan para haji dan hajjah yang dapat berjaya mengubah diri sendiri khasnya dan keluarga serta masyarakat amnya ke arah yang lebih baik dalam semua aspek terutamanya dalam beribadah kepada Allah SWT.

Setiap tahun puluhan ribu rakyat Malaysia pergi  menunaikan haji. Jika para jemaah ini pulang dengan haji yang mabrur, pastinya dapat melahirkan individu yang sempurna lantas membentuk masyarakat yang berilmu dan bersahsiah mulia. Lalu akan terhasil pula rakyat Malaysia yang beriman dan bertaqwa.



OBJEKTIF PROGRAM :

  • Mengekal dan meningkatkan hubungan silaturrahim dalam kalangan jemaah haji setempat bagi menggalakkan masyarakat yang sihat
  • Mengekal roh haji / falsafah haji.
  • Majlis ilmu dalam kalangan jemaah haji.


ATURCARA :

- Pendaftaran
- Perasmian oleh Wakil Pengurusan Tabung Haji
- Majlis ramah mesra bersama Wakil Pengurusan Tabung Haji
- Minum pagi
- Forum/Ceramah 
   " Haji : Cabaran Dalam Penghayatan Roh Ibadat Kepada Allah"
- Makan tengah hari & bersurai.



INTIPATI CERAMAH :

- Jangan membazir air walaupun Malaysia kaya dengan air berbanding di Mekah.
- Segala doa dan zikir yang telah diamalkan di tanah suci, perlu diteruskan di tanah air.
- Teruskan amalan bersedekah.
- Bawa "pulang" Kaabah ke Malaysia - 
  Bermaksud solat di sini menghadap kiblat iaitu kaabah. Letakkan baitullah di dalam hati.
- Sentiasa memasang niat untuk setiap amalan agar mendapat ganjaran dari Allah.
- Fahami konsep berkorban (harta, masa, wang, nafsu dll) semasa menunaikan haji.
- Lontarkanlah semua sifat mazmumah..sebagaimana kita melontar jamrah di Mina.
- Di tanah suci sentiasa berhati-hati..sama juga di sini. Kerana Allah ada di sana dan di sini juga.
- Terapkan falsafah pelaksanaan amalan-amalan haji di Mekah, arafah, Muzdalifah dan Mina dalam 
  kehidupan diri, keluarga dan masyarakat.







ROH HAJI

Dalam program ini kami dapat bertemu semula dengan rakan sebilik semasa di Madinah dan Mekah yang penuh dengan memori dan kenangan pahit manis di tanah suci. 

Juga dapat bertemu dengan para haji dan hajjah dari seluruh daerah Hulu Langat. Setelah pulang dari menunaikan haji, pelbagai gelagat yang dapat disaksikan..
Ada yang pakaiannya lengkap mengikut syariat..akhlaknya amat terpuji dan ada yang sebaliknya.
Subhanallah..Maha Suci Allah

Kami hanya bermohon agar dikurniakan haji yang mabrur
Inilah doa kami sebelum, semasa dan selepas menunaikan haji..

Semoga "roh haji" sentiasa menyelubungi kami.

Memori terhadap Masjid Nabawi..membawa kepada ingatan kepada Rasulullah saw. Ya Rasulullah..bilakah lagi kami dapat menziarahi maqam mu..berada di Raudhah yang mewangi..

Imbauan terhadap Masjidil Haram dan Kaabah..mengheret kami agar sentiasa tunduk kepada-Nya.
Berpakaian sebagaimana kami berpakaian di sana. Jubah, imamah, serban, pakaian menutup aurat lengkap berstokin dan stokin lengan bagi wanita. 
Solat berjemaah..solat pada awal waktu. 
Sentiasa bersedekah dalam apa jua bentuk. 
Tiada menyimpan sebarang sikap marah, dendam , iri hati, riak, sombong dan segala sifat-sifat mazmumah.
Membantu semua golongan masyarakat tanpa mengira masa, tempat dan usia.



Subhanallah
Alhamdulillah
AllahuAkbar












Previous Post Next Post