Mataf bertingkay baharu yang telah siap dibina |
Mulai tahun 2013, kerajaan Arab Saudi dan pihak pengurusan Masjidil Haram telah membuat penambahbaikan dengan menambah bangunan seperti jambatan yang mengelilingi Kaabah sebagai bangunan tambahan untuk para jemaah bertawaf yang juga dikenali sebagai jambatan mataf.
Dengan adanya jambatan ini, jarak dan masa para jemaah yang ingin tawaf dapat dikurangkan berbanding jika tawaf di masjid yang memakan masa hampir 2 jam untuk 7 kali pusingan bergantung kepada keadaan kesesakan masjid pada satu-satu masa.
Mataf adalah berasal dari bahasa Arab yang bermaksud tempat tawaf. Manakala tawaf ialah perbuatan mengelilingi Kaabah.
Walaupun mataf baru ini telah digunakan pada tahun 2013, namun aktiviti pembesaran dan penambahbaikan masjidil haram masih giat dijalankan untuk kemudahan para jemaah haji dan umrah. Tahun demi tahun...pastinya para pengunjung akan melihat perbezaannya.
Gambar-gambar di bawah adalah ihsan dari sahabat..Ustazah Hasniza yang melakukan ibadah umrah bersama keluarganya pada Disember 2014 yang lalu.
Banyak bahagian yang ditutup. Masih dalam pembinaan. |
Kren..kelihatan masih di sana sini.. |
Jam besar...masih utuh berdiri megah |
Mari belajar bahasa Arab...mudah dengan adanya terjemahan dalam Bahasa Inggeris |