google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Mataf (jambatan sementara) Keliling Kaabah Telah Dibuka Dan Ditanggalkan

Mataf (jambatan sementara) Keliling Kaabah Telah Dibuka Dan Ditanggalkan





Gambar Kaabah tanpa "mataf'" (tempat tawaf bertingkat berbentuk bulatan mengelilingi Kaabah) yang dirakamkan oleh seorang sahabat iaitu Kak Wan pada bulan Jun 2018 yang lalu. Beliau yang menunaikan umrah semasa musim Ramadhan yang lalu sentiasa menitipkan info dari tanah suci. Syukran jazilan..



Mataf..binaan Kaabah yang berbentuk bulatan di sekeliling Kaabah yang digunakan oleh Jemaah yang menunaikan haji dan umrah untuk menunaikan ibadah tawaf diruntuhkan pada tahun 2016 secara berperingkat.

Mataf ini dibina pada tahun 2013 untuk menampung keperluan jemaah yang semakin ramai. pada satu-satu masa, mataf ini boleh menampung kira-kira 8000 jemaah.

Pembinaan mataf sementara ini dibina sebagai alternatif bagi mengurangkan kesesakan jemaah untuk beribadah kerana bangunan Masjidil Haram yang lama ketika itu ditutup secara berfasa bagi memberi laluan kepada projek menaik taraf dan peluasan kawasan tawaf (mataf) yang baharu di dalam bangunan Masjidil Haram.

Semoga urusan bakal jemaah haji yang akan datang pada 1439H nanti akan berjalan lancar dan mendapat haji yang mabrur..insya Allah.


Previous Post Next Post