google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Selamat Hari Lahir AYU #01

Selamat Hari Lahir AYU #01




Julai 2021 genaplah setahun usia Akademi Youtuber (AYU) yang diasaskan oleh seorang guru yang berjiwa besar dan berwawasan jauh iaitu Cikgu Suffi Yusof dibantu oleh barisan guru-guru hebat cikgu Mohamad Salleh dan Cikgu Zuly Rahimie.

Sepanjang tempoh setahun di akademi ini,semua tugasan (task) dapat diselesaikan walau pelbagai rintangan dan halangan yang mendatang.  Pelbagai ilmu ditimba bagi melengkapkan diri sebagai youtuber pendidikan. Uniknya akademi ini beroperasi secara online bermula daripada sesi pendaftaran, kuliah, menyiapkan tugasan sehinggalah konvokesyen. Siang hari kami adalah guru di sekolah, di malam hari pula kami menghadiri kuliah dan menjadi sukarelawan mengajar tuisyen percuma secara live youtube. 

Pelajar dan tenaga pengajar di akademi ini tidak pernah bersua muka. Segala pertemuan dan perbincangan hanya melalui pelantar Google Meet dan live YouTube 

Maklumat lanjut Akademi Youtuber Guru Malaysia sila layari: 

http://www.akademiyoutuber.com


Selamat Hari Lahir Akademi Youtuber : https://youtu.be/dbgSapSeAT0

Previous Post Next Post