google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Makkah Al-Mukarramah - Hotel Penginapan Jemaah Haji

Makkah Al-Mukarramah - Hotel Penginapan Jemaah Haji

Ahlan Wa Sahlan Makkah al-Mukarramah

Sabtu 8/10/2011




Hotel kami...Abraj Al-Janadiriyah kira-kira 760km dari Masjidil Haram. boleh menempatkan 7,700 jemaah. 




Bunting...menyambut tetamu di pintu lobi hotel
11.00 malam - Alhamdulillah. Selamat tiba di hotel. Ini bermakna kami telah menempuh perjalanan selama 8 jam dari Madinah. Memang agak penat. Ambil kunci. Masuk hotel..ohh kunci ada satu sahaja. Setiap kali nak keluar letak kunci di kaunter hotel. Jika tiada kunci di kaunter, bermaksud dah ada rakan sebilik yang ambil. Bilik kongsi 6 orang. Oklah cukup untuk kami berkampung selama sebulan lebih. Banyak masa dihabiskan di masjid. Bilik hanya untuk tidur waktu malam sahaja. Keempat-empat roomate Madinah masih lagi sebilik di Mekah. Rakan-rakan ialah Noor Azah, Zainun, Hazah, roomate baru..Nadra (semua dari Bangi/Kajang) dan Mak Cik Esah (dari Kelantan). Alhamdulillah..

Hotel ini ialah Ibu Pejabat Tabung Haji di Mekah. Oleh itu banyak kemudahan di sini seperti kafetaria Malaysia, kaunter pos, pejabat kaunseling & agama, kaunter TH pengeluaran wang, klinik/farmasi, dobi, kedai buku & kedai minyak wangi.
11.40 malam - Suami di bilik sebelah. Malam tu tanya orang jalan ke Masjidil Haram...terus bersiap untuk selesaikan umrah haji. Sudah niat di Bir Ali. Tinggal tawaf, saie dan bercukur. Pukul 2 lebih... sudah selesai umrah..syukur. Jemaah lelaki sudah boleh buka pakaian ihram. Tidak balik hotel kerana waktu subuh sudah hampir. Tidur ala kadar di masjid sahaja.



Inilah katil saya ..sebulan lebih akan tinggal di sini



Bilik kami untuk 6 orang. Lagi satu katil tidak kelihatan dalam gambar ini...dekat dengan pintu masuk



Pantry / Dapur ..ada peti sejuk



Tandas yang bersih



Gambar lobi depan lif setiap tingkat - taklimat dan ceramah diadakan di sini



Gambar para jemaah sedang tekun mendengar ceramah/taklimat


Kaunter kewangan TH - keluar duit, bayar dam tamattuk & bayar korban



Farmasi di lobi hotel. Sambil menunggu boleh tengok TV yang informatif



Di belakang ialah gerai jual biskut/gula-gula/coklat & snacks



Kemudahan Kafetaria (masakan Malaysia) di lobi hotel



09/10/2011 -  11 Zulkedah   (Ahad)

Bangun pagi...alhamdulillah aku kini di bumi Mekah yang berkat dan penuh rahmat. Selepas solat subuh, jalan-jalan sekitar hotel untuk meninjau kemudahan yang disediakan.

"Nak makan apa pagi ni?"
"Eh..Ada restoren..jual makanan Malaysia lah..jom kita pergi sana". teruja sungguh kami dibuatnya.
"Bayar pakai kupon ye haji/hajah". Itulah kata petugas di pintu kafetaria. 1 set kupon SR10.

Kami beli roti canai SR4 dan nasi lemak SR3, air teh susu..Lebih kurang perbelanjaan sarapan pagi untuk dua orang dalam SR10-SR15. Tapi kalau pilih "haji pakej" makanan sudah disediakan untuk semua waktu makan..breakfast/lunch/dinner.

Kelebihan beli sendiri ni kita boleh beli makanan yang kita suka di mana-mana gerai/restoren yang kita mahu. Cuma kalau jemaah itu sudah uzur, kenalah dibantu untuk mendapatkan sarapan pagi.



 Ampaian Baju


 Lepas sarapan, kami ronda tingkat 15 hotel (menuju bumbung hotel). Katanya ada tempat menyidai baju! Ia adalah di bangunan paling atas hotel. Ada parabola, compressor air-cond dsb. Kita kena bawa tali sendiri dan ikat di mana-mana yang boleh. Lupa pulak nak ambil gambar.

Hari pertama ok lagi. Hari-hari seterusnya...berselirat tali di sana sini. Semuanya ikut kreativiti dan keperimanusiaan sahaja...tiada undang-undang khas.Tapi ada juga yang tak buat ampai, tapi guna ampai orang lain. Bila tuan punya tali ampai nak menyidai baju, maka marahlah jadinya. Ada juga yang tak kisah kalau orang guna ampai dia.

Macam-macam kisah ampai ni...boleh buat novel. Kadang-kadang isu ampaian baju pun boleh menyebabkan perselisihan faham. Perkara ini perlu dijauhi untuk menjaga kemabruran haji.


Langsir Pintu Bilik

Bila pintu bilik dibuka, terus nampak pantry di kiri dan tandas di kanan (kawasan ini berlantai tiles). Kemudian ada lagi satu pintu (tidak berdaun pintu) menuju ke arah katil. Kawasan ini berkarpet.

Tok! tok! tok!
Suami roomate ketuk pintu dan kuak daun pintu.
Alamak...terus nampak dalam bilik.

Saya ambil keputusan buat langsir di pintu kedua ni. Pasang tali yang dibawa dari Malaysia, di kanan dan di kiri. Koyakkan sehelai kain batik yang dibawa dan jahit jelujur di atasnya supaya tali boleh masuk. Lepas tu gantung. Tiada masalah lagi. Bila pintu utama dibuka nampak langsir je.






Previous Post Next Post