google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Makkah al-Mukarramah - Kelebihan Tanah Suci Mekah

Makkah al-Mukarramah - Kelebihan Tanah Suci Mekah

Indahnya Mekah al-Mukarramah

Mekah adalah tanah bertuah yang sesiapa memasukinya akan aman dan tenteram. Jika tidak merasa ketenangan di sini....banyakkanlah bertaubat kepada Allah SWT.  Diharamkan sebarang peperangan di tanah haram ini. 

Kehadiran jemaah haji akan memakmurkan bumi Mekah. Di sini tiada pertanian, penternakan, perlombongan mahu pun industri kerana muka buminya yang agak tandus dan kering. Perniagaan adalah sumber ekonomi di sini. Berbelanja dengan niat untuk disedekahkan dan dihadiahkan kepada saudara mara sahabat handai juga adalah satu ibadah. Bersedekah sambil membantu ekonomi Mekah dan memakmurkan Mekah juga adalah satu ibadah.

Apa yang pasti, ibadat haji dan umrah hendaklah diutamakan. Hitunglah ibadat yang dilakukan, bukan asyik menghitung barang yang akan dibeli atau kedai mana lagi yang belum dijelajahi. Berbelanja jangan sampai berlebih-lebihan atau boros.


Kelebihan Tanah suci Mekah :
  • Bagi yang ingin mengerjakan haji atau umrah, wajib dalam keadaan berihram. Jika untuk urusan lain, disunatkan melakukan tawaf qudum.
  • Allah menurunkan 120 rahmat bagi Baitullah iaitu 60 rahmat bagi yang mengerjakan tawaf, 40 rahmat bagi yang mengerjakan solat di sekelilingnya dan 20 rahmat bagi yang sekadar memandangnya.
  • Pahala solat dan ibadat lain yang dikejakan di Masjidil Haram khususnya dan di bumi Mekah amnya mendapat gandaan pahala sebanyak 100 ribu kali.
  • Tiada waktu ditegah untuk mengerjakan solat sunat.
  • Sunat membersihkan badan (mandi) sebelum memasuki kota Mekah.
  • Makkah al-Mukarramah terpelihara daripada wabak taun dan fitnah Dajjal.


Larangan-larangan di Tanah Haram :
  • Orang bukan Islam dilarang berada di bumi Mekah atau melalui jalan-jalannya.
  • Haram membunuh atau memburu binatang buruan.
  • Haram mencabut, mematah atau membinasakan pokok dan pohon yang hidup.
  • Haram mengeluarkan batu, tanah, pasir termasuk yang telah diubah fizikalnya.
  • Makruh memasukkan batu atau tanah dari luar ke Tanah Haram Mekah.
  • Tidak boleh mengambil Luqatah (barang-barang yang tercicir) untuk dimiliki.
  • Tidak boleh berniat untuk melakukan kejahatan dan maksiat di Mekah kerana perbuatan niat semata-mata sudah dianggap satu dosa.

# Kalau melakukan kebaikan pahalanya 100,000 kebaikan...kejahatan pula akan dibalas dengan 100,000 dosa!



Pemandangan Mekah. Gambar diambil dari Tingkat 4 Masjidil Haram. Banyak rumah dibina di cerun bukit.




Gerai buah-buahan  dan sayur segar.

Di sinilah saya membeli buah-buahan tambahan (TH akan membekalkan sebiji buah setiap kali makan tengah hari). Saya suka buah-buah yang agak pelik...macam buah pic, aprikot dll. Segar-segar buahnya. Ada yang kata buah dan sayur ini datangnya dari Ta'if.

Cili padi pun saya beli di sini. Tapi saiznya macam cili besar di Malaysia..kecik sikit lah. Macam cili besar...tapi kepedasannya memang cili padi. Cili padi potong kecil-kecil (beli pisau di kedai runcit) letak kicap buat penambah selera makan. Kicap yang ada diimport dari Indonesia. Kalau nak kicap Malaysia ...kena bawa sendiri. Tapi sebelum berangkat orang kata semuanya ada...so tak bawa lah. Jadi sesiapa yang pergi haji tu..bolehlah masukkan kicap dalam senarai barangan yang perlu dibawa. Ada kawan saya..susu pekat pun dia bawa 2-3 tin. Siap dengan alat pembuka tin seklali. Nak buat teh tarik senang katanya...



 Ada kedai 2 riyal



Kedai di tepi-tepi jalan menuju ke masjid




Balik dari masjid menuju ke hotel. Di sebelah kiri (tidak kelihatan) ialah Istana Diraja




 
Salah sebuah kedai berhampiran hotel






Masuk Masjidil Haram melalui Pintu King Abdul Aziz




Kedai di bandar Mekah


Masjidil Haram dikelilingi oleh bukit bukau. Di dataran  menuju ke masjid ini banyak burung merpati.




Perpustakaan Mekah al-Mukarramah
Bangunan ini ialah tempat di mana Nabi Muhammad SAW dilahirkan. Kini ia telah dijadikan Perpustakaan. Pengunjung hanya boleh melihat-lihat sahaja. 

Dilarang sama sekali untuk berdoa, memohon hajat atau mengusap-usap bangunan ini untuk mendapat berkat kerana ia adalah khurafat. Bangunan rumah kelahiran Rasulullah SAW ini tidak boleh memberi manfaat atau mudarat kepada sesiapa pun.







Previous Post Next Post