- Kaabah merupakan rumah ibadat yang pertama di dunia.
- Ia telah wujud sejak zaman Nabi Adam a.s lagi.
- Pada asalnya ia dibina oleh malaikat dengan perintah Allah SWT kemudian dibina oleh Nabi Adam a.s , Nabi Syith a.s. dan Nabi Ibrahim a.s
- Pembinaan semula dilakukan pada zaman Nabi Muhammad SAW oleh kaum Quraisy.
- Kini, pembaharuan semula dibuat pada tahun 1996M atas arahan Raja Fahd.
- Ukuran binaan Kaabah pada zaman Nabi Ibrahim : Tinggi 14m / Panjang 12m / Lebar 11m
Mari Kenali Kaabah
2. Pintu Kaabah
3. Pancur Emas
4. Syazarwan
5. Hijir Ismail
6. Multazam
7. Maqam Ibrahim
8. Penjuru Hajar Aswad
9. Penjuru Yamani
10.Penjuru Syami
11.Penjuru Iraqi
12.Kelambu Kaabah
13.Garisan permulaan tawaf
14.Dataran Kaabah
Sumber Internet : Keratan Rentas Kaabah
Sumber Internet : Kaabah tanpa kiswah (kelambu) |
Sumber Internet : Proses Penukaran Kelambu Kaabah |
Sumber Internet : Di dalam Kaabah |
Sumber Internet : Pintu Kaabah |
Mari Kenali Masjidil Haram
Sumber Internet : Masjidil Haram |
- Masjidil Haram ialah suatu kawasan yang meliputi Kaabah, al-matof (tempat tawaf) dan ruang solat.
- Masjid berbentuk bulatan yang besar (berbumbung) dan di tengah-tengahnya terletak Kaabah (tanpa bumbung). Di antara ruang solat berbumbung dan Kaabah dipanggil Dataran Kaabah untuk tawaf.
- Pada zaman Nabi Ibrahim a.s hanya terdapat Kaabah sahaja dengan sekelilingnya ialah tanah lapang. Perubahan dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keperluan hinggalah yang dapat dilihat hari ini.
- Amalan di Masjidil Haram :
- solat (fardhu & sunat)
- membaca al-Quran
- berzikir
- beriktikaf
- berselawat ke atas Nabi
- beramal soleh dan menjauhi perkara yang sia-sia
Jam yang disertakan waktu solat digantung di siling masjid untuk kemudahan para pengunjung |
Jam yang disediakan ini memudahkan para jemaah untuk mengetahui waktu semasa dan pada masa sama boleh mengetahui waktu solat yang bakal ditunaikan. Contohnya ketika sedang saie baru empat pusingan...sedangkan masa solat yang seterusnya ialah 20 minit lagi..kita boleh anggarkan masa yang tinggal untuk menamatkan saie dan bersedia dengan wuduk untuk solat pada bila-bila masa.
Al-Quranul Karim (wakaf) disusun rapi di tiang-tiang masjid |
Quran seperti ini disediakan di segenap penjuru masjid. Ada dua saiz : besar dan kecil. JIka tidak membawa Quran sendiri bolehlah menggunakan Quran yang disediakan ini. Kita hanya perlu mencatatkan bacaan sudah sampai mana (surah/ayat/muka surat). Catatan boleh ditulis pada buku catatan atau dalam telefon bimbit.
Air zam zam (paip)..boleh berwuduk di sini |
Para petugas sedang membawa tong-tong berisi air zam zam |
Air zam zam disediakan di dalam masjid sepanjang masa |
Air zam zam di sekeliling tiang dalam masjid |
Setiap kali sampai ke masjid, pastinya akan meneguk air zam zam terlebih dahulu buat penghilang dahaga sebelum solat. Begitu juga sebelum pulang ke hotel, akan minum air zam zam terlebih dahulu. Boleh juga isi dalam botol kosong dan bawa balik hotel. Kebersihan perlu dijaga...jangan biarkan air melimpah atau basah yang boleh menyebabkan lantai licin dan menjejaskan kebersihan masjid.
Air zam zam ada yang sejuk (tertulis COLD atau barid) manakala yang tiada label tersebut bermakna air itu bersuhu biasa. Jika dilihat tong air zam zam di atas, bahagian kanan terletak cawan plastik untuk minum manakala bahagian kiri untuk diletakkan cawan yang sudah digunakan. bahagian tengah ialah untuk mengambil air zam zam.
Eskalator disediakan untuk ke tingkat 2, 3 dan 4 Masjidil Haram |
Projek pembesaran Masjidil Haram...mungkin 2012 sudah siap |
Pemandangan pada waktu malam |
Pemandangan pada waktu siang |
Bab (bermaksud pintu) Al-Malik Fahd |
Para jemaah lelaki sedang menghadap ke arah Kaabah |
Menara Jam |
Pemandangan dari tingkat 2 Masjidil Haram pada waktu malam |
Para jemaah berpusu-pusu keluar dari masjid selepas solat fardhu |
Para jemaah sedang bertawaf selepas solat subuh |
Subhanallah |
Jemaah haji sedang bertawaf di laluan kerusi roda Tingkat 2 dan 3 |
Pemandangan di Tingkat 4 (tidak berbumbung) |
Tangga di Masjidil Haram juga diberikan nama untuk kemudahan para pengguna |