google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Selamat Tahun Baharu 2023

Selamat Tahun Baharu 2023



MENYAHUT CABARAN DUNIA PENDIDIKAN DIGITAL DI MALAYSIA 

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Selamat tinggal 2022
Selamat datang 2023
Selamat tahun baharu kepada semua pembaca yang budiman. Semoga lebih cemerlang!

Seiring dengan perkembangan teknologi maklumat global, dasar pendidikan digital negara dirangka bagi melahirkan generasi yang fasih digital, berkemahiran, beretika dalam penggunaan teknologi digital dan sentiasa berdaya saing, 

Sehubungan itu, para pendidik juga turut mengorak langkah ke arah menghasil dan menggunakan bahan PdPC digital yang berkualiti bagi membantu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah agar lebih menarik dan mudah difahami oleh murid-murid lantas memperkasa dunia pendidikan negara.

Setelah menghasilkan YouTube Channel yang bertemakan pendidikan pada tahun 2020  bagi memenuhi keperluan Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) semasa wabak Covid-19 melanda negara, kini saya menggunakan platform Blog pula untuk berkongsi ilmu dengan murid-murid dan semua pembaca. 

Semoga sekolah saya iaitu Sekolah Seri Puteri yang salah satu kebitaraannya (niche area) ialah kemahiran ICT di bawah pimpinan Pn Hjh Noridah Binti Hj Ramlan terus cemerlang dalam mengaplikasi digital learning di sekolah seiring dengan pengiktirafan Apple Distinguished School (ADS) yang diterima sejak tahun 2018 hingga kini.

Tahniah Akademi Youtuber Guru Malaysia (AYU) yang telah menerajui pendidikan digital negara di bawah pimpinan Cikgu Suffi Yusuf. AYU telah melahirkan ribuan youtuber pendidikan lantas mewarnai arena youtube negara dengan lebih 24,000 video pendidikan telah berjaya dihasilkan untuk semua peringkat pembelajaran dari pra-sekolah, rendah, menengah, TVET, pra-U dan matrikulasi.

Semoga blog ini memberi manfaat kepada semua khasnya kepada anak-anak didik di seluruh negara. 


Salam 1 Januari 2023.
Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal, 
tetapi ia datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.



11 Comments

  1. Selamat tahun baru.Semoga usaha murni ini mendapat ganjaran selayaknya. Amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Insya Allah. Terima kasih banyak membantu saya.

      Delete
  2. Selamat tahun baru. Semoga cikgu terus cemerlang.

    ReplyDelete
  3. Selamat tahun baru Ustazah. Semoga terus cemerlang dalam tahun 2023

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Tahun Baru. Terima kasih. Semoga kita semua terus cemerlang.

      Delete
  4. Tahniah Ustazah. Teruskan berkongsi 🤩

    ReplyDelete
  5. Semoga tahun ini memberi seribu makna bahagia buat kita...aamiin

    ReplyDelete
Previous Post Next Post