google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Pencapaian Cemerlang | Sukarelawan Youtuber Pendidikan AYU

Pencapaian Cemerlang | Sukarelawan Youtuber Pendidikan AYU





Faktor usia dan kesuntukan masa bukanlah penghalang untuk terus menimba ilmu bagi mempelbagaikan kaedah  pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) di dalam bilik darjah agar seiring dengan misi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013 - 2025) ke arah penggunaan teknologi digital dalam ekosistem sekolah.

Bemula dari zero, berbekalkan semangat yang jitu dan bimbingan berterusan daripada Youtuber Manager Cikgu Suffi, Chief  Youtuber Trainer Cikgu Zuly, Ketua Panitia Pendidkan Islam (Menengah) Ustaz Hamdan dan para jurulatih bertauliah akhirnya saya berjaya sehingga ke tahap ini. Sehingga kini saya telah mengendalikan sebanyak 52 kelas/program secara live dan channel youtube saya telah mencapai 286,876 tontonan.         

Walau pun masih mentah dalam dunia youtuber, namun dapat juga saya membantu sekolah dan daerah serta berkongsi ilmu dengan anak-anak didik dan rakan guru di seluruh negara. Paling manis apabila berjaya membantu sekolah mengendalikan empat siri program Sekolah Berasrama Penuh (SBP)  iaitu  Fully Residential International Symposium (FRSIS) peringkat antarabangsa secara live streaming di pelantar youtube. Salah satu daripadanya bersiaran  hampir empat jam tanpa henti dengan menyaksikan para peserta daripada Malaysia, Turki, India, Vietnam dan Indonesia berhujah dengan topik-topik yang diberikan.

Beberapa anugerah dan pengiktirafan telah diterima sepanjang berkecimpung dalam Akademi Youtuber Malaysia (AYU) mulai tahun 2020. Di antaranya Anugerah Youtuber Pendidikan (2020), Anugerah Perkhidmatan Cemerlang kali ke-tiga (2021), Anugerah Ikon Guru Pendidikan Maya (2021) dan Anugerah Khas Zero To Hero (2022)

Terima kasih Akademi Youtuber!
"Sendirian kita biasa, bersama jadi luar biasa"

#kitabantukita
#AdikBeradikAYU


Layari Akademi Youtuber Malaysia untuk maklumat lanjut:

Channel Youtube Azizah Othman :

4 Comments

  1. Tahniah Ustazah Azizah.. Teruskan kecemerlangan 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Ustazah Suziwan. Semoga kita sama-sama terus cemerlang.

      Delete
  2. Terbaik! dan Tahniah Kak, sempga semakin bersinar insyaAllah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga Ustazah Rahimah juga terus berjaya dan cemerlang.

      Delete
Previous Post Next Post