google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Tahniah! Akademi Youtuber Malaysia (AYU)

Tahniah! Akademi Youtuber Malaysia (AYU)



Sekalung tahniah buat  Cikgu Suffi Yusof  pengasas Akademi Youtuber Guru Malaysia dan Cikgu Zuly Rahimie selaku ketua jurulatih akademi telah berkongsi pengalaman di studio Selamat Pagi Malaysia  RTM pada hari ini sejarah bagaimana tertubuhnya akademi ini yang disertai oleh ribuan guru pelbagai peringkat di seluruh negara dan mengupas isu-isu pendidikan terkini.

Apa yang uniknya, akademi ini tidak mengenakan sebarang bayaran kepada para pelajarnya sehingga tamat semua modul yang disediakan dan berjaya bergelar youtuber pendidikan.

Kini akademi ini mengorak langkah melonjakkan semula penggunaan platform blog sebagai medium penyampaian ilmu kepada murid-murid. Youtube dan blog saling melengkapi bagi memenuhi keperluan pendidikan kini ke arah pendidikan digital negara.

Semoga Akademi Youtuber (AYU) terus cemerlang dalam memartabatkan profesion perguruan di Malaysia lantas melahirkan generasi yang berdaya saing dalam era globalisasi digital.


#akademiyoutuber
#kitabantukita
#tuisyenonlinepercuma
#AdikBeradikAyu


Previous Post Next Post