google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Rehat Minda Tingkatan 5 SSP Batch Amethyst | IOI Mall Putrajaya

Rehat Minda Tingkatan 5 SSP Batch Amethyst | IOI Mall Putrajaya

 

Ceria..bersama dengan Bonda Pengetua - Pn Hjh Noridah




Taklimat oleh Guru Penyelaras : Pn Asmiza Minoh









Teruja anak-anak didik puteri-puteri Tingkatan 5 Batch Amethyst untuk "outing" ke IOI Mall, Putrajaya bagi sesi Rehat Minda pada hari Khamis 19 Februari 2023. Program ini bagi dijalankan bagi memberi sedikit kelegaan dan kegembiraan sebelum menjelang SPM pada bulan Februari nanti.

Program yang mendapat sokongan PIBG ini menceriakan murid-murid setelah penat mengulangkaji pelajaran semasa peperiksaan Percubaan SPM yang lalu dan kini disambung pula dengan sesi program Pecutan Akhir yang mana mereka akan mengikuti kelas-kelas yang dijadualkan sepanjang cuti Tahun Baru Cina.

Dalam program Rehat Minda dari pukul 2.00 - 5.30 petang ini, anak-anak didik diberikan sedikit token untuk berbelanja di pasaraya ini diiringi oleh bonda pengetua, barisan pentadbir, kaunselor, penyelaras Tingkatan 5, guru-guru kelas dan juga para warden.

Semoga puteri-puteri Amethyst cemerlang dalam SPM 2022.
Terima kasih para ibu bapa dan guru-guru.


Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya
Moulding Innovative Leaders of Tomorrow




Playlist Video Aktiviti Sekolah Seri Puteri :
Like & Subscribe


Sila klik butang Follow laman blog ini untuk informasi aktiviti-aktiviti di Sekolah Seri Puteri
Previous Post Next Post