google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 Pertandingan Bicara Berirama Geografi - Tingkatan 1

Pertandingan Bicara Berirama Geografi - Tingkatan 1







Minggu-minggu terakhir persekolahan murid-murid Tingkatan 1 di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor diisi dengan pelbagai program yang menarik dan berfaedah. Panitia Geografi di bawah Bidang Kemanusiaan yang dianggotai oleh Pn Syarifah Aleeya dan En Anuar telah mengambil inisiatif mengadakan Pertandingan Bicara Berirama pada  hari Khamis 9 Februari 2023.

Pertandingan yang dijalankan di dewan Puteri Perdana ini turut dihadiri oleh murid-murid Tingkatan 2 yang bertindak sebagai penonton dan AJK pengacara majlis, teknikal dan pembantu juri. Juri-juri terdiri daripada En Anuar, Pn Syarifah Aleeya dan juri jemputan Pn Azizah (GKMP Kemanusiaan).

Sebanyak enam buah kelas yang terdiri daripada Tingkatan 1 Pintar, 1 Usaha, 1 Tekun, 1 Elit, 1 Restu dan 1 Intelek telah mengambil bahagian. Tema yang dipilih dalam pertandingan ini ialah Sumber Air dan Sisa Domestik. Para peserta boleh mengetengahkan persembahan mengikut kreativiti kelas masing-masing. 

Uniknya di dalam persembahan Bicara Berirama ini, murid-murid menyelitkan banyak isi-isi penting berkaitan tajuk yang dipilih dan berjaya menghafal dan mempersembahkannya dengan begitu baik sekali. 

Secara tidak langsung aktiviti ini berjaya memupuk minat murid-murid untuk menghayati topik-topik tertentu khasnya dan subjek Geografi umumnya. Belajar sambil berhibur dan mencungkil bakat murid-murid sekaligus mewujudkan semangat kerjasama dan berani serta yakin untuk tampil di hadapan khalayak ramai. Untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas bekenaan pertandingan ini, anda dijemput menonton video pertandingan yang dirakam secara live youtube.

Jangan lupa.. klik butang Like & Subscribe 



Juri-juri Pertandingan Bicara Berirama


Ucapan penutupan dan komen ketua juri oleh Cikgu Anuar (Ketua Panitia Geografi)


Tahniah Panitia Geografi!!
Tahniah murid-murid Tingkatan 1 Batch Amaryllis!!

Silakan tekan butang Follow di laman blog ini 😊


Playlist Video Aktiviti Sekolah Seri Puteri:
Pautan : https://youtube.com/playlist?list=PLoN863_mXKgSIkfNfztVKRU-r89jZ9y4J
Previous Post Next Post