google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 TRAVELOG JEPUN - DAY 3 : SCHOOL ACTIVITIES & VISIT MEIJO UNIVERSITY

TRAVELOG JEPUN - DAY 3 : SCHOOL ACTIVITIES & VISIT MEIJO UNIVERSITY


オはよう ございます :  Ohayou gozaimas



Di lobi Hotel Daini Fuji

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kembara di bumi sakura Day 3 diteruskan dengan pelbagai aktiviti yang disediakan untuk murid-murid Sekolah Seri Puteri dan seterusnya program kolaboratif dengan Universiti Meijo di Nagoya.



Sarapan pagi saya hari ini di hotel Daini Fuji.


Di antara hidangan yang disediakan di restoren hotel.






Pagi ini kami menaiki teksi dari hotel ke Sekolah Aichi Shogyu. Uniknya untuk membuat pembayaran, pelanggan hanya perlu meletakkan wang di dalam dulang kecil yang disediakan di tengah-tengah tu.
Lawatan saya ke Jepun ketika ini adalah sebelum munculnya isu Covid-19. Bukan setakat di dalam teksi, malahan di pasar raya juga wang diletakkan di dalam dulang kecil yang disediakan. Bukan diletakkan terus di atas kaunter cashier..


Dari jendela teksi. Kelihatan ramai juga yang berbasikal untuk ke pejabat.



Wajah-wajah ceria peserta program dari Sekolah Seri Puteri pagi ini



Japanese Calligraphy Class




Belajar seni tulisan kaligrafi Jepun dibantu oleh pelajar-pelajar Aichi Shogyu












Cikgu pun belajar juga. Hasilnya....bolehlah 😀..






Kami ajar mereka pula seni tulisan jawi. Mereka seronok dapat belajar sesuatu yang baharu.



English Class




Art Class

Dawai halus dan lembut. Simpul-simpul jadi bunga..buat penanda buku.




Buat beg comel dari kertas surat khabar



Universiti Meijo


Beratur untuk menaiki bas menuju ke Universiti Meijo. Aktiviti yang akan dijalankan adalah perbincangan dalam kumpulan bersama dengan pelajar Universiti Meijo dan pelajar Sekolah Aichi Shogyu di dalam lecture room dan diakhiri dengan sesi pembentangan di dalam dewan.








Turun bas, kita berjalan kaki sedikit menuju ke Universiti Meijo.
Nampak tak? Di bahagian atas tu ada papan tanda pembahagian jalan khas untuk untuk penunggang basikal dan pejalan kaki. Di Jepun ramai yang menaiki kenderaan awam, berbasikal dan berjalan kaki ke tempat kerja. Pakai baju suit lengkap dan naik basikal adalah fenomena biasa di sini. 




Dah sampai ..Universiti Meijo








Makan tengah hari kami pada hari ini. 


Aktiviti dalam kumpulan. 







Para pelajar Sekolah Seri Puteri bersama dengan pelajar Meijo University dan Aichi Shogyu High School mengadakan perbincangan tugasan yang diberikan oleh pensyarah.






Sesi Pembentangan dan Penutupan Program




- TAMAT PROGRAM HARI INI -



Aktiviti di waktu malam. Kami berjalan kaki ke kedai dan Family Store berhampiran.
Sambil cari cenderamata buah tangan untuk keluarga dan sahabat handai.


Payung di sini cantik-cantik dan macam-macam design. Kaum lelaki di sini pun pakai payung juga. 
Tapi yang ini panjang. Tidak boleh masuk beg bagasi. Saya beli yang boleh dilipat. Buat kenangan.


Beli untuk anak perempuan



Sesuai untuk cenderamata 




Segar-segar bunga di sini. Murah-murah juga. Rambang mata dibuatnya.




Inilah di antara makanan sedia dimakan yang dijual di Family Store. 
Memudahkan pelajar atau pekerja membawa bekal ke sekolah dan ke pejabat. Bungkusan kemas dan susun atur hidangan amat menarik dengan harga yang berpatutan. 









Mencuri pandangan saya, di restoren di pasar raya. 
Di bawah kerusi disediakan macam bakul untuk kita meletakkan beg atau barangan. Unik, kreatif dan efektif.


Sekian..






 







Previous Post Next Post