google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 SEMOGA BERJAYA! CALON SPM 2022

SEMOGA BERJAYA! CALON SPM 2022



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat menduduki peperiksaan SPM 2022 mulai hari ini 20 Februari 2023 sehingga 15 Mac 2023 kepada anak-anak didik di Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, di daerah Sepang, murid-murid maya di Akademi Youtuber dan semua calon SPM di seluruh negara yang disayangi di mana jua anda berada .

Didoakan semoga semuanya sentiasa tenang, tabah dengan apa jua cabaran yang mendatang, terus gigih mengulangkaji pelajaran sehingga ke kertas peperiksaan yang terakhir dan diberi kesihatan yang baik. 


Ya Allah..
berilah petunjuk dan hidayah-Mu 
kepada calon-calon SPM 
agar dapat menjawab soalan peperiksaan 
dengan tenang dan mudah

Allahumma Ya Zohir..
Ya Allah Kau nampakkanlah jawapan yang betul
dalam minda mereka 
kerana Kau Yang Maha Menampakkan

Ya Allah..Ya Baari..
Kami bertawakkal kepada-Mu
Aturkanlah fikiran, minda dan jari jemari mereka
untuk menjawab dengan pimpinan-Mu

Ya Hadi..
Kurniakanlah kejayaan kepada mereka di dalam SPM,
di dunia dan juga kejayaan di akhirat


Salam sayang daripada:
Ustazah Azizah Othman
20 Februari 2023




Previous Post Next Post