google.com, pub-5269643150766193, DIRECT, f08c47fec0942fa0 PENGIKTIRAFAN : CERTIFIED EDUBLOGGER 2023

PENGIKTIRAFAN : CERTIFIED EDUBLOGGER 2023



Assalamualaikum wbr dan salam sejahtera

Alhamdulillah telah berjaya mengikuti kelas-kelas ilmu Blogger sebanyak 10 siri yang dijalankan oleh Cikgu Suffi dan Cikgu Zuly dari Akademi Youtuber Malaysia. Kelas dijalankan secara maya setiap minggu pada pukul 9.15 malam melalui platform Youtube dan hands on jika ada sebarang masalah  melalui telegram  

Sepanjang 10 siri ini banyak perkongsian telah diberikan secara percuma bermula daripada asas bagaimana untuk mewujudkan sebuah laman blog. Blog yang dimaksudkan di sini ialah blog pendidikan.

Blog dan youtube saling melengkapi dan memudahkan dalam urusan  perkongsian ilmu dan pendidikan dengan murid-murid dan semua Subscribers & Followers. 

Semoga laman blog ustazahazizah.com yang menyajikan informasi subjek Pendidikan Islam, info-info Islam, perkongsian pendidikan digital, aktiviti Sekolah Seri Puteri dan catatan travelog memberi manfaat dalam penyebaran ilmu kepada calon-calon SPM khasnya dan semua pembaca amnya. 

Pembaca yang budiman dipersilakan untuk klik butang Follow di laman blog ini.
Terima kasih atas sokongan anda.



 



Perkongsian ilmu blogger terdapat di channel youtube Cikgu Suffi
Pautan : KLIK DI SINI



Previous Post Next Post